PEMAJMUKAN

  1. Pemajmukan ialah proses pembentukan perkataan atau rangkai kata baru. Kata Majmuk dibentuk dengan menggabungkan dua atau lebih perkataan untuk menghasilkan maksud tertentu.
  2. Terdapat 2 jenis kata majmuk iaitu Kata Majmuk yang dieja bercantum dan Kata Majmuk yang dieja berpisah.

 

(a) Perkataan yang dieja bercantum dengan partikel "pun".

contohnya, adapun, ataupun, andaipun, bagaimanapun, biarpun, kalaupun, kendatipun, lagipun, mahupun, meskipun, sekalipun, sungguhpun dan walaupun.

(b) Kata majmuk yang sudah mantap penggunaannya dan dieja bercantum.

contohnya,  antarabangsa, beritahu, bumiputra, jawatankuasa, kakitangan, kerjasama, olahraga, matahari, setiausaha, sukarela, suruhanjaya, tandatangan, tanggungjawab, warganegara, pesuruhjaya.

(c) Kata majmuk daripada golongan kata tertentu yang secara lazimnya dieja bercantum.

contohnya, dinihari, hulubalang, peribadi, peribahasa, perikemanusiaan, dukacita, sukacita, daripada, kepada, apabila, apakala, padahal , darihal, walhal, manakala, barangkali, kadangkala, bagaimana.

(d) Kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas.

contoh, air hujan, alat tulis, bandar raya, beg tangan, bom tangan, gambar rajah, jalan raya, jam tangan, kapal terbang, luar biasa, meja tulis, nasi lemak, tengah hari, terima kasih, Perdana Menteri, Ketua Menteri, Profesor Madya, Setiausaha sulit, Duta Besar.

(e) Kata majmuk yang membawa maksud istilah khusus.

contoh, atur cara, batu kapur, cari gali, darah panas, garis pusat, hak milik, lesung sendi, lut sinar, kanta tangan, kemas kini, kertas kerja, mata pelajaran, model linear, reka bentuk, segi tiga.

(f) Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan iaitu  simpulan bahasa.

contoh, anak emas, atas pagar, batu api, besar kepala, cahaya mata ,cepat tangan, dalam tangan, gelap mata, hideng tinggi, kera sumbang, makan angin, naik angin, otak cair, panjang tangan, rabun mata, tangan terbuka, telingan kuali.

[KEMBALI]