B. Kata Kerja Tak Transitif
( Perbuatan tidak Melampau )
A. Kata Kerja Transitif
1. Kata Kerja Transitf ialah
segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain.Benda yang kena
oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ).
2. Ayat ini mesti ada
peyambutnya ( objek )
3. Kata kerja ini biasanya
mempunyai imbuhan me- sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan
contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan.
1.
Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata
nama.
Contohnya: Atan mendengar
radio.
mendengar ialah kata kerja transitif
radio ialah objek (kata nama)
Kata kerja transitif
menggunakan imbuhan men, men ...i, men ...kan, memper, memper...i, dan memper...kan.
Contohnya:
Contoh ayat :
1. Kucing itu menangkap
seekor burung.
2. perempuan itu menjual
sayur.
3. Bapa sedang menulis
surat.
Dalam ayat pertama Kucing
ialah pembuat, menangkap ialah perbuatan melampau dan seekor burung ialah benda yang kena
buat atau penyambut.
Dalam ayat kedua Perempuan
ialah pembuat, menjual ialah perbuatan melampau dan sayur ialah benda yang kena buat
atau penyambut.
Dalam ayat ketiga Bapa ialah
pembuat, menulis ialah perbuatan melampau dan surat ialah benda yang kena buat
atau penyambut.
(a)
Pak Abu menjala ikan.
(b)
Orang ramai diminta menjauhi kawasan itu.
(c)
"Kita tidak harus membiarkan perkara ini berterusan," kata ketua kampung.
(d)
Jangan suka memperdaya orang yang bodoh.
(e)
Untuk memperbaiki mutu lakon­an anda perlu selalu berlatih.
(f)
Pihak polls mempertemukan ibu itu dengan anaknya.
Subjek ( pembuat )
Kata kerja transitif
penyambut ( Objek )
Dia suka
membaca
buku
Jamilah
memukul
seekor ular
Abidin
menjual
kuih-muih
Ramli
berjalan
ke sekolah
Kereta itu
melanggar
seekor lembu
B. Kata Kerja Tak Transitif
Kata kerja tak
transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu
sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Oleh itu ia tidak mempunyai penyambut.
Contohnya ::
1. Mereka berjalan pada hari
cuti.
2. Anjing itu sedang tidur.
3. Hujan turun dengan
lebatnya semalam.
Dalam ayat pertama Mereka
melakukan berjalan, tidak kepada benda lain.
Dalam ayat kedua Anjing
melakukan tidur, tidak kepada benda lain.
Dalam ayat ketiga Hujan
melakukan turun, tidak kepada benda lain.
Subjek ( pembuat )
Kata kerja tak Transitif
keterangan
Kami
mandi
di tasek itu.
Dia
senyum
semasa berjalan
Saya
menyanyi
dengan kuat
Hassan
berjalan
ke sekolah
7.1 Kata Kerja Tak
Transitif
1.
Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dalam
ayat, yakni tidak memerlukan objek lagi.
2.
Kata kerja tak transitif ada yang berbentuk asal dan ada yang berimbuhan ber,
men, ter, ber... an,
dan ber...kan. Contohnya:
(a) Ravi belum datang lagi. (b) Muridmurid sedang belajar. (c) Sungai itu mengalir deras.
Peringatan
Tiap-tiap kata kerja tak
transitif boleh dijadikan kata kerja transitif dengan menambah kan atau
I
di hujungnya.
Contoh ayat:
1. Mereka menjalankan
jentera itu.
2. Emak sedang menidurkan
adik.
3. Pekerja itu menurunkan
barang-barang dari atas lori.
4. Halim mengikuti perbualan
mereka.
5. Saya sudahi syarahan saya
ini dengan ucapan salam.
7.3 Kata Kerja Pasif
1.
Kata kerja pasif ialah kata kerja yang berasal daripada kata kerja transitif tetapi
yang tidak berawalan men.
Contohnya: angkat, atasi,
berikan, percepat, pelajari, persilakan, dan sebagainya.
2.
Ada tiga jenis kata kerja pasif. (a) kata kerja pasif diri pertama (b) kata kerja pasif
diri kedua (c) kata kerja pasif diri ketiga
3.
Kata kerja pasif diri pertama ialah kata kerja pasif yang berimbuhan ku-.
Contohnya: kuangkat,
kuatasi, kuberikan, kupercepat, kupelajari, dan kupersilakan.
4.
Kata kerja pasif diri kedua ialah yang berimbuhan ka-.
Contohnya: kauangkat,
kauatasi, kauberikan, kaupercepat, kaupelajari, dan kaupersilakan.
5
Kata kerja pasif diri ketiga ialah yang berimbuhan di-.
Contohnya: diangkat,
diatasi, diberikan, dipercepat, dipelajari, dan dipersilakan